Monday 27 November 2017

NASI AYAM FADZLINA'S KITCHEN

Assalamualaikum..

Sukacita dimaklumkan Fadzlina's Kitchen kini bersedia menerima tempahan dan pesanan untuk Nasi Ayam FK untuk penghantaran sekitar Shah Alam, Klang, PJ, KL dan Putrajaya.

Nasi Ayam Fadzlina's Kitchen hanya RM5.00 .. satu lunch box.




  RM5.00  RM5.00  RM5.00  RM5.00  RM5.00 RM5.00  RM5.00  RM5.00  

SUDI-SUDILAH MEMESAN YA..


Sunday 26 November 2017

GULAI ASAM PEDAS IKAN SEMBILANG

Assalamualaikum..

Fadzlina's Kitchen turut menyediakan makanan kegemaran ramai iaitu Gulai Asam Pedas Daun Kesum Ikan Sembilang dengan lada hitamnya emmm memang menyelerakan.



Istimewa buat warga Bukit Jelutong, Shah Alam anda boleh memesan makanan ini secara atas talian dan sekira mendapat pesanan yang mencukupi maka ianya akan dihantar terus ke kediaman anda.

Akan datang pihak kami akan menghidangkan pula anda dengan 'Kepala Jenahak' masak gulai lada hidup, salah satu 'signature dish' kami yang cukup dikenali dan digemari ramai.

Nantikan imejnya untuk santapan mata anda ya...

Sekian. Wasalam.



Friday 24 November 2017

LAKSA JOHOR SINGLE PACK DIPASARKAN

Assalamualaikum dan Salam Jumaat buat semua..

Alhamdulillah hari ini dapur kami selesai menghantar pesanan dan tempahan Laksa Johor dalam 'single pack' untuk pasaran sekitar Bukit Jelutong, Shah Alam, Klang dan Petaling Jaya..



Satu 'lunch box' hanya RM10.00 dengan 3 chap spaghetti berserta aksessorinya dan kuah laksa secukupnya diletak berasingan dalam paketnya tersendiri.

Syukur Alhamdulillah kerana sambutan diterima amat menggalakkan maka besar kemungkinan setiap Jumaat pihak kami akan terus mengeluarkan Laksa Johor single pack ini dan elok sekiranya yang berminat membuat tempahan selewat-lewatnya Khamis setiap minggu untuk menikmati kelazatan Laksa Johor Fadzlina's Kitchen.




Tempahan paling banyak diterima hari ini adalah untuk dihantar kepada kakitangan Bank Al Rajhi Klang yang mendapat tajaan makanan tengahari dan semoga Laksa Johor kami dapat memenuhi citarasa dan selera kalian sekalian hendaknya.

Oleh yang demikian jika ada kakitangan pejabat sekitar KL, Selangor dan Putrajaya yang hendak menempah secara berkumpulan adalah di alu-alukan kerana kami sedia menghantarnya.

Lupa nak tabur hirisan daun-daun kesum dan selasih pulak..ada pula hirisan jeruk masin atau cehpoh memang terbaik..

Orang Johor makan guna jari jemari baru 'legend' hingga menjilat jari gitu..

Satu lagi keunikkannya adalah setelah diperahkan limau kasturi maka hiris-hirislah ia dan makan kulit limaunya bersama laksa..lagi 'legend'.

Sudi-sudilah merasa.. pasti anda tidak kecewa..

Wasalam




Monday 20 November 2017

PELUANG MENJANA PENDAPATAN SAMBILAN..

Peluang Menjana Pendapatan Sambilan Dengan Menjadi Pengedar Acar Buah Briyani Fadzlina's Kitchen

Fadzlina's Kitchen @ dapurfadzlina.blogspot mensasarkan para surirumah dan para pesara untuk merebut peluang menjadi pengedar Acar Buah Briyani kami sebagai menjana pendapatan sambilan berisiko rendah.

Acar buah warisan bonda kami cukup terkenal di Johor dengan selalu dihidangkan bersama nasi briyani atau enak dimakan dengan nasi putih panas-panas begitu sahaja.

Keunikkan rasa acar kami pasti memenuhi citarasa anda dengan kepedasan cili api nya, masam-masin pelbagai asam kering terpilihnya, bawang putih dan merah yang di adun dengan pelbagai rempah ratus dan semestinya menggunakan madu asli.

Rebutlah peluang menjadi pengedar kami kerana permintaan acar buah sentiasa ada sepanjang tahun dan akan memberi anda bonus tambahan menjelang bulan Ramadhan di mana kebiasaannya permintaannya akan berlipat ganda kerana pintu selera pelanggan akan lebih terbuka dikala itu.

Pemasaran dan promosi akan dibuat melalui blogspot kami dan sekiranya tempahan atau pesanan diterima dalam kawasan liputan anda maka kami akan salurkan ke anda dan semestinya nama-nama pengedar yang dilantik akan disenaraikan dalam blogspot kami untuk kemudahan pelanggan.

PEMBETULAN;

Harga Pengedar : RM20 (500gram)
Harga Jualan : RM25
Keuntungan Kasar : RM5 (25%)

Untuk menjadi pengedar negeri tuan/puan hendaklah membeli stok permulaan sekurang2nya 50 botol bersamaan RM1,000 dan penghantaran terus akan dibuat terus ke pintu rumah anda.



Berminat tuan/puan boleh emel kami di dapurfadzlina@gmail.com atau ke dapurfadzlina.blogspot atau whatsapp 012-3642733..

Marilah bersama-sama Fadzlina's Kitchen kita mengorak langkah kecil hari ini untuk lonjakkan besar di masa hadapan kerana Fadzlina's Kitchen bakal memperkenalkan pelbagai produk makanan unik dan lazat untuk selera pasaran tempatan..InsyaAllah.

Nota Kaki : Perniagaan Atas Talian kini adalah tergolong dalam 'Revolusi Industri ke 4' maka jangan lepaskan peluang ini bertapaklah walau sekecil mana..pastikan anda tidak terlewat atau ketinggalan dalam peredaran arus zaman.

Friday 17 November 2017

ACAR BUAH SEDIA UNTUK DIPASARKAN

Assalamualaikum..

Sudi-sudilah mencuba acar buah kami yang telah tersedia..



HARGA PROMOSI HANYA RM25 sebotol 500 gram...

TEMPAHAN UNTUK MAJLIS PERKAHWINAN SEKARANG DIBUKA...

Friday 10 November 2017

FADZLINA'S KITCHEN KINI MULA BEROPERASI SECARA ATAS TALIAN



Assalamualaikum..

Sukacita dimaklumkan bahawa Fadzlina's Kitchen @ Bukit Jelutong, Shah Alam kini sudah mula menerima pesanan secara 'online' dan juga tempahan untuk pelbagai juadah dan makanan resepi warisan arwah bonda saya dari negeri Johor Darul Takzim (JDT)..

Buat permulaan dapur kami menghidangkan anda dengan dua jenis makanan kegemaran Johor ;

ACAR BUAH
500gram hanya RM25.00 - tidak termasuk kiriman pos..
(Penghantaran ke seluruh negara)

LAKSA JOHOR
RM20.00 satu kotak boleh dimakan untuk 2 orang..
(Penghantaran sekitar Bukit Jelutong & Shah Alam & Bangsar & KL)

Menu-Menu Lain Yang Bakal Menyusul ;
1. BOTOK-BOTOK
2. GULAI LADA HIDUP KEPALA IKAN JENAHAK
3. GULAI ASAM PEDAS AYAM DAUN KESUM
4. GULAI ASAM PEDAS IKAN SEMBILANG (LADA HITAM)
dan banyak lagi..nantikanlah.

Pesanan 'online' boleh dibuat di sini atau whatsapp shj 012-3642733 atau whatsapp call shj..




Mencari laksa Johor secara online atau penghantaran ke rumah anda?


Mencari acar buah secara atas talian?


PESANAN DIBUKA SEKARANG

PENGUMUMAN : KAMI SEDANG MENCARI PENGEDAR DI SELURUH NEGARA..

REBUTLAH PELUANG INI SEMENTARA ADA KEKOSONGAN




TEMPOH HARI 9 NOV 2017 (KHAMIS) TEMPAHAN ACAR BUAH SUDAH DISIAPKAN MENUNGGU DIAMBIL PENGEDAR KL KAMI..

Fadzlina's Kitchen dalam waktu terdekat ini akan mengeluarkan acar buah dalam botol yang lebih kecil sedikit untuk memudahkan pelanggan membawanya ke mana-mana.. ke luar negara.. sewaktu mengerjakan umrah.. anak-anak di asrama.. dan sebagainya..

RESEPI ACAR BUAH KAMI ADALAH WARISAN DARI BONDA KAMI DAN SETELAH MENCUBA PASTI ANDA HENDAK ORDER LAGI..